Rumah orang tua yang anak-anak takut nak kemas. Heheh

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rumah mak ayah aku di kampung tak kemas macam rumah orang lain. Or maybe boleh dikatakan tak kotor, cuma tak kemas jela. 
Macam ni. 
Ruang tamu ok cuma takde la clear mata memandang. 
Ada je benda tergantung sana sini, bakul baju sana sini, mainan cucu sana sini. 

Dan di ruang tersembunyi dari pandangan orang ramai, contohnya macam dapur, ruang2 belakang ruang tamu, mesti tak terurus. 
Ada baju2 tergantung berlambak2, ada barang2 yang jarang2 pakai, ada bertimbun2 barang yang kita tak tahu masih guna ke tak. 

Dan aku boleh kategorikan rumah di Tganu ni banyakkkk giler barang. 
Banyak kali jugak aku kemas itu ini.
Dan mestila ada benda yang masih orang tua kita memilih untuk simpan.
Simpan untuk digunakan kelak.

Sehinggala aku rasa oh aku tak patut buat pandai2 walaupun tu rumah mak ayah aku. 
Sebab tuan rumahnya ialah mak aku. 
Dia yang kelolakan rumah tu. 
Dia yang akan uruskan rumah tu setiap hari. 
Dia yang akan cari barang itu sendirian sebab dia yang tinggal di situ.
So biar dia yang urus dan kita bantu bila diperlukan aje.


Dan.. Banyak benda yang kita rasa dah tak diperlukan, tapi mereka masih nak simpan dan ada benda tu masih dorang guna dan ada benda tu yang sampai sekarang menunggu untuk digunakan.

Kadang kita rasa hanger kecik dah tak guna. 
"Nanti mok nak hanger baju cucu senang" 

Buang la tipuware banyak-banyak ni
"Eh, nak nak letak lauk kat anak cucu nak makan kat RNR"

Buang la stok2 mandian hotel ni.
"Eh, boleh guna kalau darurat sapa2 lupa berus gigi, sape2 nak guna nanti senang"

Buang la baju2 lama ni
"Eh, mak nak wat kain buruk"

Banyaknya stok sabun mak kumpul
"Senang. Kalau nak guna dah ada"

Tapi memang betul, ada sesetengah benda yang kita rasa macam kita nak buang, eh rupanya digunakan jugak akhirnya.


DANNNNN..
Ada benda yang kita serabut di depan mata kita tapi dia nak letak terang-terangan di mata semua orang sebab senang nak cari

"Jangan simpan stok2 makanan dalam kotak, nanti lupa dan expired"
"Letak je kain2 batik sini, senang nak amik nanti kalau ada yang balik"
"Letak je ubat sini biarpun kat meja sofa pun, senang mok nak amik makan"
"Biar la baju2 ni bergantung kat sini, senang orang nampak"

Jangan ubah apa-apa, nanti susah dia nak cari. Nanti dia lupa. Nanti dia bising.

So, aku as anak kalau balik bantu kalau dia mintak tolong.
Kalau kita offer, dan dia taknak kita kemaskan. Takpe. Biarkan.
Tu rumah dia.

Dia yang akan sehari-hari duduk dan jalani kehidupan di situ.

Sama macam mentua aku yang duduk di rumah kami.
Di biliknya, kami sekadar sapu dan kemas sikit2. Biarpun ada benda yang mencacatkan mata, takpe. Biarkan. Asalkan dia senang nak cari itu ini. Dan dia nampak.
Kita keje, dia yang akan urus urusan harian dia.

Kat kampung pun, mak aku yang akan lalui urusan harian dia sendirian dengan penghuni kat situ.
Kita takde. kita jauh.
So, let it be macamana yang mereka selesa. Bukannya rumah kotor, cumanya nampak terlalu banyak barang dan tak minimalis.

Sebab tu, aku kalau g rumah orang lain, aku takde komen kenapa sepah. Mungkin orang-orang tua nak mudahkan cari itu ini bila dia nak guna kan.


Psst : Tapi aku tiap kali baik kampung, memang ada aje benda aku buang. Eh, lepas tu penuh lagi. Hehe


Ok. Bye
XoXO