Rumah Kesayangan : Pokok Gantung

Assalamualaikum...


Ada sekangkang kawasan untuk letak pokok depan rumah..
Boleh la kalau setakat nak main-main tanam - menanam.
Setakat ni tanaman semua di tanam dalam pasu jer la ..



Tempat gantung pokok 2 tingkat.

Suami dah tolong buatkan tempat untuk gantung pokok 2 tingkat (atas dan bawah). 
Semua guna barang sedia ada kat rumah.
Batang besi tu sebenarnya scaffolding yang construction tu.
Aku dapat hasil terbuang. Dah berkarat permukaan luar tapi still kukuh.
Tali tu pulak general worker yang bagi lebihan tali masa pindah barang.




So, sekarang boleh gantung pokok lebih sikit berbanding dulu.
Kalau dulu paling maksimum 5 pokok. Sekarang boleh gantung sampai 8 pokok.






Antara pokok gantung kami :


Pokok keladi Jarum.
Ini Ibu dia..


Pokok keladi Jarum.
Ini Anak dia..



Pokok Daun Kunyit.
Gantung sementara.. Lepas ni pindah ke bawah


Kaktus yang ofismate bagi dari Cameroon.
Dari tahun 2012 bela kat opis.
Baru beberapa bulan, pindahkan pokok ke rumah.
Dah besar dan banyak anak..


Pokok Paku Pakis.


Antara pokok lain :

Pokok serai.
Alahai.. Dah tinggal sikit.



Halia Bara.
Mak mertua bagi.


Pokok pandan.
Tina (my general worker) bagi.
Alhamdulillah.. dah tumbuh anak.
Senang betul hidup.


Daun kari..
Masa tanam kecik lagi.
Ni dah besar sikit.

Pokok Pandan.
Nak kena tambah tanah lagi, akar dah terkeluar


Pokok lada.
Walaupun daun mengeriting tapi masih hidup dan membesar.
Harap berbuah la ye..


Pokok keladi , Pokok Aloevera, Pokok setawar dan Pokok Kunyit yang dah tak berdaun dimakan belalang


Alahai.
Beranda masih tak berkemas..
Kayu-kayu yang tak nak guna masih tak sempat buang.



Psst : Korang berkebun dalam pagar rumah atau luar dari pagar rumah..

Ok. Bye

2 comments:

Ayu Rashid said...

wah wah wahhh. dah jadi geng kita yer.
weekend lepas mak abg nizam bg 3 pokok pandan.
dok tanam lagi, molek jer dok letok dalam besen isi air,
punyalah malas nak transfer masuk pasu ehehhee.

Nadia Johari said...

wah..rajin dia..depan kita ade pokok bunga je..hehe